24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

KKR tawar suntikan vaksin kepada 40,000 pekerja binaan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan suntikan vaksinasi Covid-19 untuk 40,000 pekerja di dalam sektor pembinaan.

Menteri Kanannya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, melalui program tersebut, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas, pegawai perubatan bertauliah serta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) manakala bekalan dan penghantaran vaksin diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan.

Katanya, CIDB akan menyelaras dan memudah cara pelaksanaan program pemberian vaksin itu bagi pihak industri pembinaan yang mana ia adalah sebahagian dari sumbangan CIDB dalam membantu penggiat industri pembinaan terutamanya di waktu yang mecabar ini.

“KKR sudah membentangkan cadangan pelaksanaan program vaksinasi sektor pembinaan kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Isnin lepas dan ia telah dipersetujui.

“Caj pemberian vaksin yang dikenakan melalui program ini adalah sebanyak RM140 seorang untuk dua dos suntikan vaksin yang lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   7 PPV tambahan akan dibuka di Johor akhir bulan ini

Fadillah berkata, bagi meringankan beban kewangan di pihak industri, CIDB memberikan subsidi RM50 untuk seorang pekerja dan juga menawarkan premis CIDB sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara percuma.

Beliau berkata, ini bermakna majikan di dalam sektor pembinaan hanya perlu membayar RM90 untuk setiap seorang pekerja yang divaksin.

Katanya, penyertaan untuk program itu adalah secara sukarela dan penggiat industri pembinaan boleh memilih untuk mengadakan program pemberian vaksin sendiri kepada pekerja mereka dengan berurusan secara terus dengan CITF.

Baca juga:   Golongan tolak pelawaan bersatu-padu kelompok gila kuasa

“Program pemberian vaksin yang diselaraskan oleh CIDB itu menyasarkan pekerja sektor pembinaan dan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 Jun ini serta seluruh negeri Selangor pada 14 Julai.

“Penggiat Industri Pembinaan yang ingin mendaftarkan pekerja mereka dalam program pemberian vaksin, boleh berbuat demikian bermula 21 Jun di http://vaccine.cidblink.com atau hubungi talian 03-40428880 untuk pertanyaan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

SUNGAI PETANI - Hasrat Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged, Kem Sungai Layar, di sini untuk memiliki van jenazah...

Lagi Artikel Berkaitan