34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Remaja 18 tahun antara 26 pemandu mabuk ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

REMAJA berusia 18 tahun antara 26 pemandu mabuk yang berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sejak 1 Januari hingga hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey berkata, kesemuanya pemandu berkenaan berusia dalam lingkungan 18 hingga 65 tahun telah ditangkap kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

Menurut beliau, walaupun setiap hari anggotanya telah menjalankan operasi serta denda yang tinggi dikenakan oleh mahkamah namun masih ada pemandu yang degil memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Sesiapa yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan boleh didakwa dibawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM30,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

“Dalam hal sabitan kali kedua atau kemudian denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun,” katanya menerusi Facebook IPD Johor Bahru Selatan hari ini.

Jit Huey berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan operasi secara berterusan akan dijalankan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Advertisements

Sementara itu, menerusi Op Mabuk di Jalan Daya 1, Taman Setia Indah, Johor Bahru yang diadakan sejak 11 malam hingga 4 pagi ini, seramai 107 individu dan 83 kenderaan telah diperiksa.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, pihaknya telah menangkap dua lelaki tempatan yang didapati memandu kenderaan masing-masing di bawah pengaruh alkohol.

“Selain itu, polis juga mengeluarkan 37 keping saman atas pelbagai kesalahan yang dilakukan dalam operasi tersebut,” katanya.

Untuk rekod, operasi berkenaan telah diketuai oleh Inspektor Amir Haikal Kasim bersama tujuh anggota polis daripada BSPT IPD Johor Bahru Selatan.

“Tujuan operasi tersebut bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas serta mengesan serta menangkap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan