29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Burung penguin halal dimakan, kata bekas mufti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DAGING penguin halal untuk dimakan oleh umat Islam kerana ia termasuk dalam kategori burung air.

Perkara itu dikupas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi saluran portalnya, Maktabah Al-Bakri.

Menurut beliau, binatang berkenaan juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan.

“Pada asasnya, ulama mazhab Syafi‘i berpendapat, semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau, kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Rafi‘i.

“Tambahan lagi Imam al-Ghazali ada menyebutkan bahawa semua burung air itu hukumnya adalah harus untuk dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram kerana dalam hal ini terdapat dua pendapat mengenainya iaitu sama ada halal atau haram,” katanya seperti dikongsikan.

Justeru menurut beliau, begitulah juga hukumnya ke atas daging penguin iaitu halal dimakan kerana ia adalah sebagaimana hukum burung-burung air yang lain.

“Begitu juga, penguin tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku kuat dan boleh melukakan sebagaimana yang dilarang oleh Nabi SAW.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kongsi beliau, penguin ialah sejenis burung laut di Antartika yang berwarna hitam putih, berkaki pendek, menggunakan sayapnya untuk berenang, dan berjalan tegak lurus di darat.

“Penguin membentuk order penguin, Sphenisciformes, dan famili Spheniscidae. Ia termasuk dalam sekumpulan burung akuatik yang tidak dapat terbang.

“Penguin ialah burung luar biasa yang berdiri tegak di atas kakinya yang pendek dan berjalan tergedek-gedek dengan gaya yang kekok dan menggelikan hati.

Menurut beliau, penguin tidak boleh terbang tetapi pandai berenang.

“Penguin tinggal di separuh bahagian di dunia selatan. Beberapa jenis penguin, termasuk penguin Adelie dan penguin Maharaja tinggal di atas ais Antartika.

“Yang lain-lain terdapat jauh di utara di kawasan yang menerima arus laut yang sejuk dari kawasan Antartika.

Menurut beliau, penguin hilang keupayaan untuk terbang berjuta-juta tahun dahulu.

“Sayapnya bertukar menjadi sayap sirip yang berfungsi sebagai dayung dalam air. Sayap sirip ini serta kaki renang, menjadikan penguin pandai berenang dan menyelam. Bulunya yang pendek dan lebat menjadi bulu kalis air. Lapisan lemak yang tebal memanaskan penguin semasa dalam air sejuk.

“Penguin memakan ikan. Ia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dalam air, tetapi bertelur dan membela anaknya di atas darat atau di ais.

Menurut beliau, semasa di darat, ia membuat sarang dalam koloni yang dikenali sebagai rookery. Sesuatu rookery mungkin mengandungi sehingga sejuta penguin.

“Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan