25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Ini bukan kali pertama tanah mendap berlaku di Lestari Perdana

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEJADIAN tanah mendap di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Petaling semalam merupakan yang kedua, selepas kejadian sama sebelum ini berlaku di kawasan berhampiran.

Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar berkata, kejadian seumpamanya pernah berlaku pada tahun 2017 di tempat yang sama.

“Sehubungan dengan itu, kita akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Laporan lengkap mengenainya akan disiapkan sebaik sahaja kajian mengenai kejadian ini dapat dilakukan sepenuhnya,” katanya lapor Astro Awani.

Menurut beliau, ketika ini kerja-kerja memasang cerucuk di sekitar kawasan yang mendap itu sedang giat dijalankan sejak semalam.

“Ia bagi memastikan pergerakan bawah tanah dapat dikurangkan bagi mengelakkan kawasan berkenaan terus mendap.

“Kerja-kerja pemulihan itu dijangka akan mengambil masa sekitar seminggu untuk disiapkan,” katanya.

Baca juga:   Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian lelaki

Sementara itu, 17 premis komersial di sekitar kawasan tanah mendap itu memberhentikan sebarang operasi buat sementara waktu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A Ambalangan berkata, kesemua mereka hanya akan dibenarkan pulang sehingga pihaknya dapat pastikan keadaan telah kembali selamat.

“17 premis komersial di kawasan sekitar tanah mendap, yang berlaku membabitkan sekitar 150 meter, telah diarah untuk memberhentikan sebarang operasi buat sementara waktu.

“Pagi ini kami mendapati masih berlaku kejadian tanah mendap, jadi kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dan memaklumkan kepada pemilik premis untuk hentikan operasi sehingga hami dapat pastikan keadaan telah kembali selamat,” katanya.

Baca juga:   Gaji minimum tetap dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei ini

Dalam kejadian yang berlaku semalam, lima kenderaan yang diletakkan di kawasan tersebut rosak teruk apabila berlaku kejadian tanah mendap. -Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan