32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Lagi kluster baharu di Sabah, babit pelajar asrama di Tawau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SABAH merekodkan satu lagi kluster COVID-19 membabitkan institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Sri Balung di Tawau.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kluster terbabit membabitkan pelajar asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau.

Beliau berkata, kes indeks adalah seorang pelajar asrama lelaki Tingkatan Empat yang mula bergejala pada 19 Januari dan kemudian menjalani saringan di klinik kesihatan sebelum disahkan positif 21 Januari.

“Saringan yang dibuat mendapati kes indeks positif COVID-19 lalu dikuarantin dan diberikan rawatan lanjut.

“Sementara, saringan ke atas 38 kontak rapat mengesan 14 kes baharu manakala 22 lagi masih menunggu keputusan ujian dan satu lagi ujian saringan didapati negatif.

“Ini menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 18 kes yang terdiri daripada pelajar sekolah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Ambil langkah hentikan pembaziran makanan - Sultan Nazrin

Masidi berkata, semua pesakit dikategorikan sebagai bergejala ringan (kategori satu dan dua) dan sudah dikuarantin serta diberikan rawatan sesuai.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, jumlah kes harian COVID-19 hari ini kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 semalam adalah sebanyak 314 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 246,077 kes.

“Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini (semalam) iaitu masing-masing satu kes di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Beaufort.

Baca juga:   Sarawak berdepan peningkatan kes Covid-19 - Dr Noor Hisham

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 177 menjadikan jumlah kumulatif 238,187 orang,”katanya.

Katanya lagi, seramai ,690 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 378 orang di hospital, 301 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 11 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS).-Edisi 9

Terkini

Malaysia miliki pakar tempatan bantu tadbir urus ekonomi negara

MALAYSIA mempunyai ramai pakar ekonomi tempatan sebagai mekanisme sokongan dalam mengurus tadbir perjalanan ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan...

Lagi Artikel Berkaitan