Friday, June 5, 2026

Tanah mendap: Sebuah rumah runtuh, lapan tidak selamat didiami

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH rumah rosak manakala lapan rumah lagi dilaporkan tidak selamat untuk didiami selepas berlaku mendapan tanah di Lorong Selangat, Taman Pertama, semalam.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.52 pagi.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak bersama dua jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, anggota mendapati mendapan tanah telah menyebabkan sebuah rumah telah runtuh manakala lapan rumah lagi berada dalam keadaan tidak selamat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan penduduk untuk keluar dari rumah dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

“Kejadian terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan jumlah mangsa yang terlibat masih dalam siasatan.

“Tugas-tugas seterusnya telah diserahkan kepada agensi terlibat antaranya polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan