Friday, June 5, 2026

Gempar.. Temui aligator ‘berendam’ di kolam mandi rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH keluarga di negeri Florida, Amerika Syarikat, digemparkan dengan penemuan seekor aligator yang sedang berenang di dalam kolam renang kediaman mereka, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Keluarga tersebut terdahulu dikejutkan dengan satu bunyi kuat pada awal Isnin lalu, demikian menurut catatan Facebook oleh Pejabat Sherif Daerah Charlotte.

Apabila menyiasat perkara tersebut, mereka menemui ‘tetamu’ yang tidak diundang, iaitu seekor aligator bersaiz besar dengan berat sekitar 249.5 kilogram (kg) serta berukuran hampir 3.35 meter.

“Ia mengoyakkan penutup kolam untuk mendapatkan air yang sejuk dan nyaman,” kata pejabat sherif.

Seorang pegawai polis, Brad Stender memberitahu CNN bahawa penemuan seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa terutamanya semasa musim mengawan buaya iaitu pada musim bunga dan panas.

Polis yang tiba di tempat kejadian bertindak memanggil seorang penangkap haiwan, dan dengan batuan tiga anggota polis lain.

Aligator tersebut kemudiannya telah berjaya ditarik keluar dari kolam.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan