26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

55,000 pengunjung ke Langkawi sempena cuti Tahun Baharu Cina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA-kira 55,000 orang pengunjung dijangka akan memasuki Langkawi sempena cuti Tahun Baharu Cina, awal bulan depan kata Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, jumlah itu mengambil kira purata kemasukan pelancong di pulau peranginan itu sebanyak 9,200 orang sehari bermula pada 1 hingga 6 Februari.

Beliau berkata, anggaran ini adalah berdasarkan 30 hingga 35 penerbangan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) setiap hari pada masa kini.

“Selain itu, ada lapan perjalanan feri sehari ke Langkawi melalui pintu masuk Terminal Feri Kuala Perlis dan Terminal Feri Kuala Kedah,” katanya lapor Utusan.

Menurutnya, Langkawi menerima 147,773 orang pengunjung sepanjang Januari tahun ini sehingga semalam.

Nasaruddin berkata, LADA menyasarkan kedatangan pengunjung sebanyak 185,000 sehingga hujung bulan ini.

“Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 38 peratus kemasukan pengunjung berbanding 297,919 orang pengunjung yang direkodkan memasuki Langkawi pada Disember 2021.

Baca juga:   Hilang 13 September tahun lalu, ditemui ditanam dalam kebun

Beliau turut menyatakan, tiada prosedur operasi standard (SOP) tambahan akan dibuat bagi mengekang penularan Covid-19 dan varian Omicron sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, jelasnya, SOP sedia ada yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan adalah memadai bagi mengawal penularan terutamanya yang melibatkan kes import luar negara adalah memadai.

“Pada masa ini, pelancong antarabangsa yang tiba di sini melalui gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi perlu menjalani ujian Ujian Pantas – Tindak Balas Berangkai Polimerase (RT-PCR) pada hari ketibaan, hari ketiga dan kelima, di samping ujian kendiri pada hari kedua dan keempat.

Baca juga:   Siapa sebenarnya 'king maker' dalam PRU-15?

“SOP sedia ada ini diharapkan dapat membantu mengekang penularan varian Omicron bagi mengelakkan industri pelancongan negara terutamanya di Langkawi lumpuh semula di mana pada masa ini industri pelancongan masih berada di fasa pemulihan,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Adakah mahu parti rasuah, kleptokrasi dan penuh kebobrokan?

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengulangi tugas besar yang dibawa perikatan berkenaan dalam memastikan negara tidak terus terjunam...

Lagi Artikel Berkaitan