34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mangsa banjir Pahang tak perlu bayar bil air 3 bulan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Pahang bersetuju memberikan pengecualian bayaran bil air selama tiga bulan bermula bulan ini kepada pengguna yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pengecualian itu dibuat kerana kerajaan negeri memahami keadaan mangsa banjir terutama ketika dalam fasa pemulihan akibat bencana itu.

Menurut beliau, pengecualian bayaran itu bermula pada Januari ini hingga Mac depan membabitkan lebih 40,000 rumah.

“Dengan pengecualian ini, peruntukan yang diberikan kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM1.5 juta.

“Diharapkan dengan pengecualian ini ia dapat membantu meringankan beban mangsa banjir terutama bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri komited membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh Pahang.

Menurutnya, sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan beberapa bantuan kepada mangsa banjir termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI).

“Selain itu pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas banjir.

“Tidak terhenti di situ, kerajaan negeri menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air selama tiga bulan di kawasan terjejas banjir baru-baru ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan provokatif diturunkan sejak awal tahun

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang...

Lagi Artikel Berkaitan