25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

PRN Johor: BN guna FB, Tiktok tarik pengundi muda

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memanfaatkan sebaik mungkin media sosial seperti Facebook (FB) dan Tiktok sebagai medium kempen untuk menarik minat pengundi muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah itu diambil sebagai usaha memperkasakan kempen PRN ke-15 ekoran pertambahan pengundi kepada 2.5 juta di negeri ini dengan lebih 700,000 pengundi muda.

Menurutnya, selain Facebook dan Tiktok, Penerangan Johor akan menggunakan keseluruhan platform media sosial yang ada untuk menyantuni pengundi khususnya pengundi muda susulan pengenalan Undi-18.

“Kita lihat pengundi khususnya pengundi muda cenderung untuk menggunakan Facebook dan Tiktok berbanding medium yang lain. Jadi, Kita akan memberikan tumpuan kempen ke arah itu.

“Penggunaan media sosial sebagai platform berkempen akan digunakan seluas-luasnya bagi menyebabkan bahan-bahan kempen serta penjelasan yang lebih konstruktif dan meyakinkan sampai kepada semua,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat BN Comms Johor.

Baca juga:   5 hari berturut-turut dos vaksin lebih 400,000

Dr. Adham berkata, kesemua 26 bahagian di negeri itu sudah bersiap sedia dari segi penyelarasan selain akan menubuhkan bilik gerakan di setiap bahagian.

Menurutnya, UMNO Johor juga perlu melihat kepada prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya ia dapat menjadi garis panduan bagi melancarkan jentera parti untuk berkempen.

“Kita berharap SPR memperincikan tentang penggunaan media sosial dari aspek sekatan dan kebebasan menggunakan medium dalam talian itu sepenuhnya.

Baca juga:   Malaysia cuba dapatkan rakaman CCTV - Megat Shahriman

“Ini kerana pada PRN di Melaka, akaun Tiktok yang dikendalikan Puteri UMNO Johor telah menerima laporan sehingga dibekukan sedangkan kandungan video tersebut tidak berunsur provokatif.

“Jadi, kami mahu SPR serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk jelaskan adakah ini satu kaedah untuk menghalang penyampaian maklumat atau bermotifkan politik,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan