31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penghuni meninggal dunia, bomba dipanggil buka pintu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA pintu rumah berkunci ketika penghuninya, seorang wanita dilapor tidak sedarkan diri, pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba bagi membolehkan mereka memasuki rumah tersebut.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Bunga Raya, Taman Onn, Ipoh, Perak apabila seorang wanita berusia 54 dilapor tidak sedarkan diri di dalam rumahnya.

Bagaimanapun, anggota polis yang tiba ditempat kejadian tidak dapat memasuki kediaman tersebut kerana berkunci sehingga memaksa mereka mendapatkan bantuan pasukan bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak polis kira-kira jam 11.06 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati pintu hadapan rumah terkunci dan ada mangsa pengsan di dalam rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggotanya terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memecahkan pintu dan mendapati wanita tersebut terbaring di atas lantai.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Faizal Zaini itu berakhir pada pukul 12.55 tengah hari.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan