31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

35 pesara hakim saman kerajaan berhubung isu pencen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 35 pesara hakim termasuk daripada bekas Presiden Mahkamah Rayuan dan bekas Hakim Besar Malaya mengemukakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan tiga yang lain berhubung kegagalan menetapkan kenaikan pencen dan faedah yang diterima mereka sejak 2015.

Memetik laporan BH Online, mereka termasuk bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff; bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Norma Yaakob; bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yunos.

Lain-lain, bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan juga tujuh balu serta tanggungan.

Mereka yang bertindak selaku plaintif memfailkan saman pemula itu minggu lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi Tetuan Chooi & Company dan Cheang & Ariff dengan menamakan kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mereka memohon perisytiharan bahawa kegagalan untuk menetapkan, melalui perintah dalam Warta, peratusan kenaikan yang lebih tinggi daripada 2 peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain bagi setiap plaintif yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2015 telah secara berterusan mengubah pencen dan faedah lain setiap plaintif sehingga merugikan mereka.

Menurut plaintif, ia melanggar Perkara 125(7) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 125(9) Perlembagaan Persekutuan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan