29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hanya satu perkataan untuk Tok Det… Cukuplah!

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

TOK Aba sebenarnya hormat kat orang kampung Tok Aba, Tok Det sebab masih kuat dari segi fizikal dan tetap bersemangat nak berbakti kepada negara. Tetapi Tok Aba fikir era Tok Det dah habis dah.

Tok Det patut faham bila semua parti tolak cadangan untuk tubuh MAGERAN dan lepas tu orang buat tak tau bila dia cakap pasal Majlis Pemulihan Negara, itu petanda jelas suara Tok Det orang dah tak dengaq dah.

Betui la sebagai orang Kedah patut Tok Aba bangga ada pemimpin macam Tok Det, memang Tok Aba bangga sebab Tok Det pecah rekod dua kali jadi Perdana Menteri dengan dua parti berbeza dan gabungan berbeza. Ada orang tu dah luruh rambut tunggu nak jadi PM. Rekod Tok Det ni, mungkin sampai bila-bila pun tak boleh pecah.

Tetapi sekarang Tok Det dah tak ada apa pengaruh dah. Macam mana nak ada pengaruh ada kawan lepas tu buat musuh, ada musuh lepas tu buat kawan..orang pun pening.Last-last kawan pun tak mau, musuh pun tak berkenan.

Tok Aba bukan tak hormat Tok Det. Tok Aba hormat, apapun Tok Det tetap ada jasa kat negara kita tetapi era Tok Det dah berlalu. Tak kanlah soal nak pimpin negara pi mai pi mai nak bagi kat Tok Det sahaja? Awat orang lain tak layak ka? Ni yang orang dok kata.

Yang paling Tok Aba tak faham, dulu Tok Det juga letak jawatan. Kawan-kawan dalam PH yang dah seronok jadi kerajaan ‘mengamuk’. Paling teruk dulu Tok Det juga pi pakat dengan PH jatuhkan BN yang berjasa besar kat Tok Det.

La ni kacau pula Tok Din nak buat kerja urus negara. Patutnya Tok Det dok diam-diam, tok sah dok kalut sangat nak cari kuasa balik,  nak atur macam mana nak tadbir negara. Tok Din bukan orang lain dengan Tok Det. 

Dulu Tok Din bersama Tok Det dalam Bersatu. Tok Din pun ada pengalaman banyak, berpuluh-puluh tahun dok dalam Kabinet dan pernah jadi Timbalan Perdana Menteri. Biarlah Tok Din jaga negara.

Advertisements

Ni tidak, semua orang Tok Det tengok tak boleh buat kerja, dulu Tok Najib la Tok Det pula. Tapi yang tak bestnya, Tok Najib pun dah ikut perangai Tok Det, ada saja benda yang Tok Din buat cakap tak betui. T

ak apa soal Tok Najib, Tok Aba cerita kemudian, lagi Tok Aba faham sangat pasai apa Tok Najib dok ‘meracau’…biaq dulu kat dia.

La ni Tok Aba cuma nak minta Tok Det bermuhasabah. Dok diam-diam saja dan cuba tengok apa orang cakap pasai Tok Det. Jangan dok dengar orang keliling cakap saja. Tok Det kena ikhlas fikir adakah dalam usia nak masuk 96 tahun Tok Det mampu lagi nak urus negara.

Tok Det kena baca apa komen orang dalam media sosial. Tok Aba bila baca dah boleh agak sokongan kat Tok Det dah jatuh teruk.  Tok Det kena fikir sapa atau parti mana nak kawan dengan Tok Det. Kalau setakat nak harap kat Warisan, Tok Aba fikir tak kan ke mana. 

Tok Aba cakap semua ni bukan Tok Aba tak suka Tok Det, tapi sebagai orang tua, Tok Aba sedih dan kesian tengok Tok Det kena kutuk. Walaupun Tok Det orang politik tetapi kalau tengok pada usia tak sepatutnya Tok Det dilayan macam tu.

Jadi penuh hormat Tok Aba nak kata kepada Tok Det…cukuplah! 

Mai dok Kedah dengan Tok Aba, kita boleh pi masjid sama-sama, kita boleh ’round’ Kedah ni, pekena kopi tepi bendang pagi-pagi, belah petang pekena rojak, laksa tepi airport Langkawi…boring-boring kita pi ‘megai’ ikan kat laut.. tu la gi syok…

Lagipun Tok Det pun pernah cakap time PRU dulu, ‘Atok dah tak ada banyak masa…’. Ni Tok Aba ulang balik saja apa Tok Det pernah kata sebab itulah Tok Aba cakap ‘cukuplah’. Apapun Tok Aba tetap doa kesejahteraan Tok Det dunia akhirat…jangan marah no..Tok Aba ikhlas.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan