32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

‘Tahniah Damok, syabas anak muda’ – Muhyiddin

Mesti Baca

CYBERJAYA –  “Tahniah Damok!”, ucapan itu pastinya menggembirakan dan membanggakan buat pelumba muda negara, Syarifuddin Azman kerana ia dizahirkan oleh pemimpin nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasmi beliau berkata kejayaan Syarifuddin, 19, atau lebih dikenali sebagai Damok menjuarai saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam cukup membanggakan. 

“Syabas Anak Muda. Tahniah Malaysia. Saya cukup berbangga dan gembira apabila dimaklumkan anak muda Malaysia, Syarifuddin berjaya menggegar Litar Catalunya apabila muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia semalam,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata hanya melalui keazaman, ketekunan, kesungguhan dan keberanian sahaja yang mampu meletakkan seorang pelumba untuk bergelar juara. 

Selain mengucapkan tahniah kepada Syarifuddin, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan sama kepada seluruh ahli pasukan atas aksi dan kejayaan itu yang membanggakan negara. 

“Teruskan usaha untuk kejayaan yang lebih gemilang selepas ini,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #MalaysiaPastiBoleh.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tahniah kepada pelumba negara tersebut.

“Tahniah Syarifuddin Azman! Aksi berani beliau pada pusingan terakhir membuahkan hasil muncul juara perlumbaan #Moto3 Junior World Championship di Barcelona sebentar tadi (semalam).

“Sama-sama kita berikan sokongan dan semngat buat beliau. Kekalkan momentum untuk perlumbaan seterusnya,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Syarifuddin, yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat meninggalkan dua peserta tuan rumah David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz masing-masing di tempat kedua serta ketiga. – Edisi 9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan