29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Fasa 1 PPN diteruskan, bantuan lebih menyeluruh bakal diumum

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga nilai ambang kes harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes.

“PKP tidak tamat esok, fasa pertama terus sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama hari ini.

Fasa 1 PPN itu bermula 1 Jun hingga 14 Jun sebelum dilanjutkan sehingga esok dengan semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali bagi perkhidmatan perlu.

Sehingga semalam, selama empat hari berturut-turut kes harian melebihi angka 5,000 berikutan pertambahan jumlah saringan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

Sehubungan itu Muhyiddin berkata, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih komprehensif di bawah fasa tersebut yang merangkumi semua kumpulan masyarakat esok atau pada Selasa.

Kata Perdana Menteri, beliau akan mengumumkan perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Advertisements

Memetik laporan Bernama, Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19, menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.

“Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan?

“Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),” kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid hari ini.

Perdana Menteri berkata, bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak COVID-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

“Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,” katanya sambil membayangkan kemungkinan akan terdapat peningkatan dalam bantuan yang akan diberikan itu.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan