26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PPN masa tepat teruskan inisiatif moratorium, i-Sinar, i-Lestari

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan masa kini merupakan masa tepat untuk kerajaan meneruskan inisiatif moratorium automatik bagi pinjaman bank serta program i-Sinar dan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, inisiatif sebegini adalah penting bagi membantu rakyat dan perniagaan yang sedang berdepan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, inisiatif moratorium serta i-Sinar dan i-Lestari diperkenalkan kerajaan pada tahun lalu, ketika negara baharu menghadapi pandemik tersebut.

“Teringat kembali peristiwa tahun lalu, bila Kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19.

“Kita adalah antara negara terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang. Kemudiannya, ada di kalangan mereka yang sedar kesan positif pada rakyat dan mula menyokong program ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Malam tadi, Tengku Zafrul memberi bayangan bahawa kerajaan akan memenuhi desakan rakyat yang mahu pelaksanaan moratorium secara automatik diberikan kepada para peminjam bank berikutan Fasa 1 PPN belum mencapai nilai ambang yang ditetapkan.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan termasuk KWSP dan Bank Negara.

“Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak kerajaan mengarahkan bank-bank melaksanakan moratorium secara automatik bagi meringankan beban rakyat yang dihimpit desakan hidup berikutan pandemik Covid-19 yang berterusan.

Mereka juga mendesak kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka melalui kaedah i-Sinar dan i-Lestari bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan selain merancakkan ekonomi domestik negara. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan