33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

2 set tren sulung KLAV27 mula operasi hari ini

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Memperagakan angka 192 dan 193 sebagai nombor pengenalan tren, dua set tren sulung di bawah projek ‘Kuala Lumpur Additional Vehicles 27’ (KLAV27) sudah menyertai operasi harian Rapid KL Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya.

Kedua-dua set tren tersebut mula beroperasi selepas selesai menjalani sesi ujian dan pentauliahan serta mendapat permit kelulusan beroperasi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Mula digunakan semalam dalam operasi laluan rel dalam bandar yang paling sibuk di negara ini, kedua-dua tren set empat-gerabak model Bombardier Innovia Metro 300 yang baharu itu dilengkapi dengan beberapa ciri penambahbaikan berbanding 14 unit set tren model sama yang digunakan sejak 2018 dan diperolehi di bawah inisiatif KLAV14.

“Kesemua 27 set tren yang diperolehi di bawah projek KLAV27, yang secara keseluruhan bernilai RM1.7 bilion, dilengkapi dengan beberapa ciri penambahbaikan termasuk dalam sistem brek, sistem pintu penumpang, sistem pengurusan tren, sistem kuasa sokongan, dan pengenalan Pameran Peta Laluan Digital.

Baca juga:   Rela siasat kes daftar ahli tanpa kerelaan individu

“Ini adalah sebahagian daripada Sistem Informasi Penumpang yang diintegrasikan dengan sistem pintu, yang sebelum ini berjenis LED,” kata Rapid KL dalam kenyataan media, hari ini.

Pameran Peta Laluan Digital merupakan salah satu ciri terbaharu yang diperkenalkan dalam tren di bawah projek KLAV 27 bagi Laluan LRT Kelana Jaya. – Gambar: Rapid KL

Setakat ini, lapan set tren KLAV27 sudah pun berada di Depoh LRT Laluan Kelana Jaya di Subang termasuk dua yang memasuki operasi harian semalam.

Baca juga:   Munasabah UMNO nilai semula kerjasama dengan PN -Najib

Enam yang lain masih dalam pelbagai peringkat ujian, pentauliahan dan kelulusan daripada APAD sebelum disuntik masuk perkhidmatan harian.

Ujian sistem brek, ujian kuasa tarikan tren serta ujian tanpa gagal adalah antara siri-siri ujian atau pentauliahan yang telah dilalui oleh tren-tren berkenaan sebelum diluluskan oleh APAD.

Untuk perjalanan mudah dan lancar bersama Rapid KL, para pengguna digalakkan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, dengan menggunakan aplikasi ‘PULSE’ yang boleh dimuat turun melalui ‘Google Play Store’ atau ‘Apple App Store’. – EDISI 9

Terkini

Kerajaan perlu kemuka data terperinci Long COVID-19

CYBERJAYA - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengemukakan data terperinci mengenai Long COVID-19,...

Lagi Artikel Berkaitan