29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Dakwaan Selangor ada masalah bekalan vaksin tak benar

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Dakwaan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud kononnya operasi beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri itu terpaksa dihentikan kerana masalah kekurangan bekalan vaksin adalah tidak benar.

Penasihat Khas (Sains) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam berkata, maklumat dalam Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) mendapati terdapat kira-kira 339,000 dos vaksin di Selangor.

Menurut beliau, bekalan itu mencukupi untuk menampung pemberian vaksin di negeri itu bagi tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

“Terdapat bekalan dos vaksin yang dijadual dihantar ke Selangor pada 28 hingga 30 Jun ini serta 1 hingga 4 Julai depan.

Mohd Azzam Mohd Ghows membalas ciapan Twitter Dr Siti Mariah berhubung dakwaan masalah kekurangan bekalan vaksin di Selangor sehingga boleh menyebabkan beberapa PPV di negeri itu ditutup.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh bantu jika anda bercakap mengenai vaksin di luar ,” katanya dalam ciapan Twitter hari ini.

Terdahulu, Dr Siti Mariah membuat dakwaan berhubungan masalah kekurangan bekalan vaksin di Selangor menerusi ciapan Twitter beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang itu mendakwa, PPV di Selangor akan berdepan masalah kehabisan vaksin dan terpaksa ditutup sekiranya bekalan baharu tidak diterima dalam masa beberapa hari lagi.

Mohd Ghows turut menasihatkan Dr Siti Mariah agar menghubungi Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan bukan membangkitkannya dalam media sosial.

Beliau turut memaklumkan tidak dapat membantu sekiranya Dr Siti Mariah bercakap tentang vaksin di luar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 26 Jun 2021 adalah 7,226,949 dos.

“Seramai 187,877 dos diberikan di seluruh negara semalam,” katanya dalam ciapan Twitter milik beliau, hari ini.

Selangor vaksin
Sumber: Twitter Dr Adham Baba
Adham Baba
Sumber: Twitter Dr Adham Baba

Menurut beliau, jumlah yang menerima dos pertama adalah seramai 5,204,993 orang dan daripada jumlah itu, seramai 2,021,956 orang juga menerima dos kedua. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan