25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Empat hari berturut kes baharu lepasi angka 5,000

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini melebihi angka 5,000 untuk empat hari berturut apabila sejumlah 5,803 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 728,462 kes.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,108 kes; diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628); Sarawak (491);  Melaka (355); Johor (329); Pahang (220); Sabah (189); Kedah (186); Pulau Pinang (160) dan Perak (137).

Kelantan pula mencatat 103 kes; Labuan (99); Terengganu (29); Putrajaya (24) dan Perlis empat kes.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata daripada jumlah kes baharu dilaporkan hari ini, 5,793 kes adalah penularan tempatan membabitkan 4,433 warganegara dan 1,360 bukan warganegara, manakala 10 kes  import pula membabitkan tiga rakyat Malaysia dan tujuh warga asing.

Jumlah kes sembuh pula ialah 5,193, lebih rendah daripada kes harian menjadikan angka keseluruhan individu pulih daripada pandemik itu kini 662,932 atau 91 peratus.

Advertisements

Dr Noor Hisham berkata kes aktif pula kini sebanyak 60,646 manakala jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) seramai 866 berbanding 870 semalam dengan 435 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Angka korban akibat Covid-19 pula bertambah kepada 4,884 hari ini apabila 81 lagi kematian dilaporkan melibatkan 78 warganegara dan tiga warga asing berumur lingkungan 38 hingga 87 tahun, dengan majoritinya menghidap penyakit kronik, kata Dr Noor Hisham, 

KKM turut mengesan 14 lagi kluster baharu membabitkan sembilan kluster di tempat kerja dan dua kluster pusat tahanan iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan 2, Gombak di Selangor dan Kluster Tembok Tawau di Sabah, dua kluster komuniti iaitu Kluster Nyelutong di Sarawak dan Kluster Permatang Pasir Bachok di Kelantan serta satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Changkat Intan di Perak.

Kluster di tempat kerja pula melibatkan Kluster Industri Tanjung Suria, Kluster Tapak Bina Cybersouth Utama, Kluster Industri Jalan Enam Salak Tinggi, di Selangor,  Kluster PLO Jalan Perak dan Kluster Perindustrian Bukti Bakri Satu di Johor.

Kluster tempat kerja lain yang turut dikesan ialah Kluster Tapak Bina Pintasan Segambut di Kuala Lumpur, Kluster Jalan Usaha Jaya di Pulau Pinang, Kluster Industri Serkam 2 di Melaka dan Kluster Bandar Rantau Panjang di Kelantan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan