24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Awas! Happy Hypoxia pembunuh senyap pesakit Covid-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Orang ramai diingatkan agar lebih berwaspada dengan kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, Happy Hypoxia dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.

Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

“Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

“Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas,” katanya seperti dimuatkan dalam Facabook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Maklumat mengenai Happy Hypoxia. – Sumber FB KKM

Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Baca juga:   Polis Bangladesh dikerah bersenam yoga elak jangkitan Covid-19

“Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic‘.

“Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

Baca juga:   3,361 kes baharu, kategori dua dilaporkan tertinggi

“Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, Pulse Oximeter kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

“Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.

“Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

“Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena Happy Hypoxia ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli Pulse Oximeter di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus,” katanya.

Gejala ini kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda dan dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

Baca juga:   Pertimbang ‘lockdown’ penuh jika kes tidak turun - Sultan Johor

Pulse Oximeter adalah peranti perubatan yang perlu berdaftar dan penjualannya perlu mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM. – Edisi 9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan