31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Bukan hanya gaji, jangan ambil elaun, imbuhan juga – Tok Mat

Mesti Baca

CYBERJAYA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyambut baik langkah jemaah menteri untuk tidak mengambil gaji bagi tempoh 3 bulan. 

Bagaimanapun, kata beliau ia janganlah sekadar gaji sebaiknya  mesti termasuk pelbagai elaun dan imbuhan keraian yang selalunya lebih banyak dan tinggi, mengatasi gaji para Menteri.

“Kepimpinan melalui teladan dalam saat krisis segenting ini adalah kemestian yang sepatutnya telah lama dipamerkan,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata,  Pemerkasa Plus  yang diumumkan oleh Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin  adalah langkah penting yang sangat diperlukan.

“Meningkatkan kapasiti kesihatan awam adalah intervensi kritikal pada masanya. Malaysia sangat memerlukan lebih banyak ICU, sumber tenaga dan program vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata, menyedari kekangan fiskal Kerajaan, amatlah penting setiap sen peruntukan untuk peningkatan kapasiti sektor kesihatan awam ini dimanfaatkan dengan telus dan mendatangkan impak sebaiknya.

“Kita tidak mahu pelaksanaannya nanti terjadi ketirisan, ketidakcekapan sistem serta pembaziran. Peruntukan yang banyak mesti mendatangkan impak berganda.

Baca juga:   Sebaik PN terbentuk, MN sudah tidak berseri lagi - Tok Mat

“Kita mesti mengambil pengajaran dari pembangunan sistem pendaftaran vaksinasi, yang walaupun besar tetapi tidak berfungsi dengan baik dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat,” katanya.

Mohamad berkata, penerusan Bantuan Prihatin Rakyat juga sangat bertepatan dengan keadaan semasa.

“Kerajaan sedaya upaya berusaha meluaskan bantuan ini kepada seramai mungkin rakyat. Mungkin strategi ini boleh diperbaiki dengan memastikan golongan paling terjejas menerima lebih banyak bantuan.

Baca juga:   Desak Presiden letak jawatan budaya tidak sihat, bukan adab UMNO - Tok Mat

“Ekuiti dalam pengagihan bukan bermakna semua mendapat bantuan yang saksama. Mereka yang memerlukan lebih wajar menerima lebih banyak dan yang kurang terjejas, menerima sekadarnya,” tegasnya.

Beliau juga berharap, segala insentif Pemerkasa plus  yang diumumkan akan segera dilaksanakan tanpa berlengah, telus, amanah dan cekap. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Arab Saudi hadiah 35 tan kurma, al-Quran untuk Malaysia

KERAJAAN Arab Saudi hari ini menyampaikan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja...

Lagi Artikel Berkaitan