31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Menteri, Timbalan Menteri tak ambil gaji 3 bulan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Gaji semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini.

Ketika mengumumkan perkara itu Perdana Menteri berkata, pemotongan tersebut akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan operasi khususnya di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Ketika menyampaikan perutusan khas Program Bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus malam ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkata, program itu adalah antara usaha kerajaan sebagai meneruskan agenda prihatin rakyat dan komitmen kerajaan dalam mengurus krisis yang melanda kini.

Beliau berkata, penutupan sektor-sektor ekonomi akan memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

“Saya ingin berterus-terang bahawa kerajaan mempunyai ruang fiskal yang amat terhad untuk berbelanja pada masa ini. Namun atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan wujud keseimbangan antara lives and livelihood iaitu keperluan untuk melindungi nyawa, dan menjamin kesejahteraan rakyat termasuk peluang mencari nafkah sepanjang tempoh PKP ini.

“Semenjak COVID-19 melanda negara, kerajaan telahpun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion. Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih daripada 2 juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.

Advertisements

”Justeru, terdapat lebih dari RMI 00 bilion lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini. Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion

”Dengan suntikan fiskal dan langkah yang telah diumumkan, kita dapat lihat ekonomi semakin pulih, menggambarkan hasil dan impak positif untuk terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan menyediakan bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pertumbuhan KDNK pada bulan Mac tahun ini telah melonjak sebanyak 6.0 peratus, nilai tertinggi semenjak pandemik COVID-19 melanda negara,’’ katanya.

Perdana Menteri menegaskan, selain inisiatif yang diumumkan pada malam ini, masih terdapat pelbagai program pakej rangsangan bernilai lebih daripada RM100 bilion yang masih dalam pelaksanaan.

Dari segi perbelanjaan langsung daripada Kerajaan, Kumpulan Wang COVID19 telah diluluskan dengan siling RM65 bilion. Sebanyak RM38 bilion telah dibelanjakan pada tahun 2020 dan sehingga April 2021 , RM10 bilion lagi telah disalurkan. Baki sebanyak RM17 bilion akan dibelanjakan pada tempoh yang terdekat.

Antara inisiatif dan program ini termasuklah:

  • BPR Fasa 2 yang baharu sahaja dilaksanakan awal Mei lepas dengan peruntukan sebanyak RM2.7 bilion yang telah disalurkan kepada 8.4 juta penerima dengan bayaran Fasa 3 bernilai RM2.4 bilion dijadualkan untuk bulan September;
  • Program subsidi upah, insentif penggajian serta program latihan untuk membantu menjamin pekerjaan sedia ada serta menggalakkan penyediaan pekerjaan baharu dengan sasaran 500,000 untuk tahun ini;
  • Pelaksanaan projek-projek kecil dengan peruntukan lebih RM2 bilion untuk dibelanjakan memanfaatkan kontraktor kelas Gl hingga G4 bagi pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam;
  • Progam Jaringan Prihatin bernilai RM2 bilion yang juga dilancarkan pada awal Mei lalu bagi membantu 8.4 juta penerima BPR untuk melanggan perkhidmatan telekomunikasi atau mendapatkan peranti telefon mudah alih; dan
  • Program e-Belia yang akan dibuka pendaftaran mulai esok, 1 Jun 2021 bagi membolehkan 2 juta belia dan pelajar IPT yang layak untuk mendapatkan kredit bernilai RMI50 dari penyedia perkhidmatan e-tunai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan