26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

MRA hantar bantuan kepada mangsa banjir di Sabah, Sarawak

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysian Relief Agency (MRA) terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Sabah dan Sarawak walaupun dua hampir dua minggu bencana alam itu berlaku.

Kini, MRA memberi tumpuan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan pascabanjir antaranya bekalan air bersih, kit penjagaan diri, makanan asas dan pembersihan rumah terutama di kawasan luar bandar.

Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, kejadian banjir beberapa minggu lalu telah nenyebabkan ribuan mangsa menghadapi kesukaran terutama dalam suasana perayaan Kamaatan-Gawai dan pandemik Covid-19.

“Dianggarkan lebih 5,000 mangsa banjir masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak berwajib dan NGO untuk membantu mereka pasca banjir kali ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kumpulan sukarelawan MRA di Sabah telah menyediakan 25,000 liter air bersih untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Gadong, Beaufort bagi kegunaan harian mereka.

Manakala di daerah Tenom, MRA bukan sahaja mengagihkan air bersih tetapi juga pek makanan kepada 70 buah keluarga di Kampung Kalibatang Lama, Kampung Kuala Tomani dan Kampung Merais teruk terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Advertisements
Keadaan sebuah rumah penduduk yang dilanda banjir di Sabah baru-baru ini. – Sumber: MRA

Di Sarawak pula, Daud berkata, pihaknya merangka pergerakan bantuan dan sokongan kepada mangsa yang akan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut di kawasan pedalaman yang terjejas.

Katanya, antara fokus bantuan pasca banjir yang dicadangkan adalah membekalkan air bersih untuk kegunaan harian dan minuman memandangkan masalah bekalan air bersih menjadi isu utama pascabanjir di kawasan terjejas.

“Bantuan pek makanan asas, pek kebersihan diri dan pembersihan rumah juga akan menjadi fokus utama bantuan yang akan digerakkan dalam masa terdekat.

“Bagi bantuan logistik pula, MRA juga akan meneruskan kerjasama dengan mereka yang memerlukan bagi menghantar bantuan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda dan juga bot sebagai alternatif untuk kawasan yang terputus hubungan,” katanya.

Sementara itu MRA merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu meringankan beban mangsa banjir di Sabah dan Sarawak dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Malaysian Relief Agency (PUBLIC BANK – 3988591608). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan