24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemerkasa Plus: Peruntukan RM1 bilion untuk kesihatan awam

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini  mengumumkan Program Bantuan Pemerkasa Tambahan (Pemerkasa Plus) sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanaan PKP pada masa ini.

Kata beliau, nilai keseluruhan program Pemerkasa Plus adalah berjumlah RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion. 

Perdana Menteri berkata, Pemerkasa Plus dilaksanakan dengan tiga matlamat utama iaitu pertama, mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam; kedua, meneruskan agenda prihatin rakyat dan ketiga, menyokong kelangsungan perniagaan.”

Berikut matlamat pertama Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam:

Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan RMI bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam. Pertambahan peruntukan ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan. Maka, langkah-langkah berikut akan diberi perhatian:

Pertama : Memperuntukkan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan Covid-19, bukan sahaja di hospital selia KKM tetapi juga di Hospital Engajar Universiti Adam seperti di UiTM, UPM dan UKM serta melalui hospital medan ATM di Sabah dan Sarawak.

Advertisements

Selain itu penyumberan luar akan dilaksanakan kepada hospital swasta.

Kedua: Memperuntukkan RM550 juta untuk menampung pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak. Ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 atau PKRC di MAEPS dan di peringkat negeri; dan

Ketiga: Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak.

  • Program lmunisasi COVID19 Kebangsaan atau PICK.

Kapasiti pemberian dos pada masa ini telahpun mencapai 107,000 dos sehari.

Menjelang pertengahan Jun nanti, negara mampu menyediakan lebih dari 200,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin dari syarikat pengeluar, penambahan pusat-pusat pemberian vaksin, memperkenalkan kaedah pemberian secara pandu lalu dan penambahan anggota sukarelawan. 

Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan disasarkan untuk selesai menjelang bulan Disember 2021 dengan negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang menjelang Oktober. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan