25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Lim Kok Wing disahkan meninggal dunia pagi tadi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Presiden Limkokwing University, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia pagi tadi.

Usahawan terkenal dan tokoh pendidikan negara itu berusia 75 tahun.

Memetik laporan Free Malaysia Today, berita tentang kematian Kok Wing disahkan oleh seorang pembantunya.

Walau bagaimanapun, pembantunya itu enggan memberi maklumat lanjut.

Pada 25 Mei lalu, Kok Wing dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di sebuah hospital yang dirahsiakan lokasinya.

Naib Presiden Kanan Limkokwing University, Datuk Gail Phung berkata, Kok Wing dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya.

Mendiang memulakan kerjayanya sebagai kartunis, menghasilkan komik terbitan tempatan pertama di Malaysia dan Singapura, ABU, yang ketika itu diterbitkan dalam akhbar Eastern Sun.

Beliau kemudian beralih ke bidang periklanan, di mana beliau menubuhkan agensinya sendiri, Wings Creative Consultants.

Dalam tempoh kurang tiga tahun, agensi berkenaan mencipta nama sebagai antara agensi utama di negara ini, dan pada 1988, bekerjasama dengan BBDO, salah sebuah agensi kreatif multinasional terbesar di dunia.

Pada 1991, beliau menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology.

Baca juga:   Pengarah filem, Mamat Khalid meninggal dunia

Pada 2002, institusi berkenaan menjadi kolej swasta pertama diiktiraf sebagai kolej universiti, dan kemudian ditukar nama menjadi Limkokwing University of Creative Technology (LUCT).

Selain kampus utama di Cyberjaya, LUCT turut mempunyai cawangan di Sarawak, Kemboja, Botswana, Sierra Leone and United Kingdom. – EDISI 9

Baca juga:   Penerjun gagal kawal payung terjun maut ketika latihan

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan