28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

CUEPACS sokong penjawat awam potong elaun

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong penuh manifestasi solidariti penjawat awam yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19.

Presidennya, Adnan Mat berkata, melalui solidariti tersebut, sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat awam pada masa kini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Menurut beliau, sumbangan dari lebih 800,000 penjawat awam tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.

“Inisiatif ini secara keseluruhannya disambut baik oleh semua penjawat awam yang terlibat.

“Bahkan CUEPACS percaya kebanyakan penjawat awam terlibat secara aktif dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan sama ada melalui NGO, pusat zakat atau secara persendirian walaupun inisiatif ini tidak dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Adnan memberitahu, penjawat awam yang tidak terlibat dengan inisiatif ini juga tidak terkecuali dalam memberi sumbangan kepada rakyat dan negara sama ada melalui bentuk kewangan atau pun tenaga mereka.

Beliau menambah, CUEPACS juga berharap semua pihak tidak menjadikan inisiatif kebersamaan penjawat awam ini sebagai isu untuk menyerang kerajaan atau perkara yang boleh mencetuskan perbalahan.

“CUEPACS menyeru kepada semua pihak agar terus bersama dengan rakyat dan kerajaan dalam memastikan usaha mengekang penularan wabak COVID-19 ini dapat dijayakan dalam tempoh pelaksanaan PKP penuh ini.

Advertisements

“Kebersamaan setiap masyarakat merupakan kunci utama dalam kejayaan kita melandaikan keluk jangkitan COVID-19,” jelasnya.

Adnan juga berharap sektor-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP penuh.

Semalam, Adnan mencadangkan agar semua penjawat awam Gred 54 ke bawah menyumbang sekurang-kurangnya sebanyak RM10 setiap seorang kepada tabung COVID-19.

Beliau berkata, dana tersebut digunakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Menurut beliau, cadangan kutipan sumbangan dikecualikan kepada petugas kesihatan, petugas keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan yang terlibat secara aktif di barisan hadapan mengekang penularan COVID-19 sebagai salah satu penghargaan kepada mereka.

“Sumbangan RM10 ini boleh dibuat melalui potongan gaji oleh kerajaan sekiranya dipersetujui kelak.

“Sekiranya ada dalam kalangan penjawat awam ingin memberi sumbangan yang lebih, ia adalah keputusan masing-masing dan boleh dilaksanakan melalui prosedur yang diputuskan kerajaan,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan