28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Richworks International anjur bengkel usahawan maya percuma

Mesti Baca

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) bersama pengasasnya dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman kini sedang menjalankan program khas selama 12 hari bermula semalam bagi menyokong dan membantu bangsa usahawan terutamanya ketika penutupan penuh yang bermula hari ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd berkata, program khas tersebut dianjurkan secara maya dan 100 peratus percuma bagi semua bangsa usahawan terutama yang terkesan dengan keadaan pandemik di seluruh negara.

“Azizan bersama RichWorks terpanggil untuk menganjurkan program ini kerana kami faham situasi dan kesusahan yang dilalui sesetengah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini.

“Sebab itu, beliau bersedia meluangkan masa sekitar 90 minit setiap malam bermula malam tadi sehingga 12 Jun kecuali Ahad,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Richworks
RADZ MOHD

Program RichWorks Business Bootcamp 101 bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Siri Khas ‘Total Lockdown: MCO 3.0’ akan diadakan dalam platform Zoom pada pukul 9 malam (90 minit) selama 12 hari dari 31 Mei hingga 12 Jun.

Beliau menambah, RichWorks mahu menyokong dan membantu seberapa ramai usahawan yang betul-betul nak pastikan bisnes bukan sahaja dapat bertahan malah berkembang walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau penutupan penuh.

“Ini merupakan peluang terbaik bagi usahawan, suri rumah, mereka yang jalankan bisnes sampingan atau sedang rancang nak buat bisnes mendengar sendiri panduan dan tips Azizan secara langsung.

“Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman dalam melatih dan membimbing lebih 1.1 juta usahawan sejak 2008 dengan sekitar 777 anak didik RichWorks berjaya mencatat jualan lebih RM2 bilion meskipun ketika pandemik tahun lalu dapat membantu mereka,” jelasnya.

richworks

Radz memberitahu, program tersebut akan berkongsikan 12 kunci asas bina bisnes berjaya buat usahawan dalam hampir kesemua industri yang ada.

“12 topik penting ini antaranya kunci memilih produk atau perkhidmatan, pemasaran, jualan dan bina pasukan akan melengkapkan seseorang itu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, insya-Allah.

“Seperti kata Azizan pada sesi pertama yang dijalankan lebih tiga jam semalam, program ini bukannya ‘ubat kuat’ di mana anda belajar terus berjaya. Tapi jika difahamkan dan disusuli tindakan pasti akan ada hasil dan perkembangan positif hingga dapat capai kejayaan langkah demi langkah,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut, usahawan dan orang ramai boleh menyertai Telegram AzizanOsmanOfficial – https://t.me/AzizanOsmanOfficial. – EDISI 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan