31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Biarpun teruk dikecam, Pak Long Mail tak ambil hati

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Walaupun teruk dikecam oleh netizen berhubung isu penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sedikit pun berkecil hati.

Malah, beliau menunjukkan jiwa besar dengan memaafkan semua netizen yang meluahkan perasaan marah kepadanya dan mengecamnya dengan teruk.

“It’s ok..saya faham..saya dah lama maafkan Eyra dan semua yang marah kepada saya.

“Saya tau sebagai manusia biasa saya tidak pernah lari dari membuat kesilapan yang membuatkan orang marah..

“Saya pun mohon maaf.. terima kasih kerana memahami.. insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya ketika menjawab komen pemilik akaun Facebook Eyra Ziraa, hari ini.

Eyra dalam komennya meminta maaf kepada Ismail Sabri kerana pernah mengecamnya dengan teruk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau.

Dia turut mendoakan agar Ismail Sabri yang mesra dalam kalangan netizen dengan gelaran Pak Long Mail agar diberi kekuatan untuk menjalankan tugas.

Komen itu ditulis di bawah hantaran yang memaparkan rakaman video Ismail Sabri memberi nasi ayam goreng kunyit kegemarannya di sebuah gerai.

Sementara itu, Ismail Sabri dalam kenyataan media hari ini berkata, pembukaan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu adalah inisiatif Kementerian Pertahanan bagi menyahut seruan kerajaan dalam merancakkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut beliau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi sebahagian daripada pasukan barisan hadapan sudah tentu akan terkehadapan dalam program vaksinasi selaras dengan kedudukannya sebagai benteng negara yang berperanan untuk membentuk imuniti kelompok.

“Justeru, rakyat disaran agar menyahut usaha dilakukan kerajaan dengan menyokong PICK bagi berganding bahu menyelamatkan negara daripada pandemik ini,” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Perak iaitu Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Kinta; Taman Kerian Tambahan, Parit Buntar; Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong, Manjung; Taman Berkat, Larut dan Selama; Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu serta Kampung Alai dan Kampung Baharu (sebahagian daripada Kampung Lalang) di Mukim Kerunai.

PKPD turut dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Sabah termasuk Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni di Papar; Lorong Ulu Sibuga 5 dan 9 serta Fasa 7 Taman Mawar, Sandakan; Taman Wangsa di Jalan Telipok, Kota Kinabalu dan Kampung Perpaduan di Pulau Banggi, Kudat;

Selain itu, PKPD dikenakan di bandar Bentong, Pahang yang merangkumi Kampung Chamang Lama/ Baru, Taman Bukit Chamang, Kawasan Perindustrian Bentong, Kampung Baru/Taman Saga/Taman Bukit Indah, Kampung Sungai Marong, Taman Bukit Bentong, Taman Hussin/Taman Syahbandar, Kampung Perting/Kampung Kemansur/Kampung Kuala Repas, Bentong Heights, Rumah Murah Batu 1/PPRT Batu 1, Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.

PKPD di semua lokaliti terbabit bermula pada 6 hingga 19 Jun ini.

Dalam pada itu, PKPD akan ditamatkan esok di Rumah Panjang Nyalu anak Francis di Mukah, Felda Kahang Timur di Kluang; Rumah Panjang Nyalu di Mukah; Lubuk Redan di Alor Gajah, Kampung Batu Muda Tambahan dan PPR Kampung Limau di Kuala Lumpur serta Kampung Paya Ular, Kampung Bechah Palas dan Kampung Tualang di Pasir Mas.

PKPD turut berakhir esok di Asrama Pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan Asrama Pekerja Kilang Purnabina di Kluang dan Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Ismail Sabri berkata, seramai 946 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, seramai 924 individu dikompaun manakala 22 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (237), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (186), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (160), tiada penjarakan fizikal (156), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (71), membawa penumpang berlebihan (63), premis gagal patuhi arahan (14) dan lain-lain (59),” katanya.

Op Benteng semalam telah menangkap 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima buah kenderaan darat.

Sebanyak 105 buah bot/ kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan