33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Kerajaan kaji ordinan ambil tindakan ke atas antivaksin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan sedang mengkaji untuk menggubal ordinan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap golongan antivaksin yang menghasut orang ramai agar menolak vaksin Covid-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ordinan seumpama itu mungkin diperlukan memandangkan ada kempen yang dilakukan pihak tertentu untuk menolak vaksin Covid-19.

“Insya-Allah sekiranya boleh, ia akan dijadikan sebagai satu ordinan. Sekiranya mereka (golongan antivaksin) tidak mahu mengambil vaksin, itu adalah masalah mereka, tetapi yang menjadi masalah adalah mereka buat kempen untuk orang tidak ambil vaksin.

“Itu menjadi masalah kepada kita (kerajaan),” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan mengejut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini.

Hamzah berkata, negara ini perlu mencapai imunisasi kelompok bagi membolehkan kesemua aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi semula seperti biasa.

Bilangan sekatan jalan raya (SJR) khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan ditambah berikutan jumlah kenderaaan di jalan raya masih banyak di sebalik penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau menganggarkan hingga 1,000 sekatan akan diadakan setiap hari selepas ini berbanding 930 SJR dan operasi benteng ketika ini.

“Semalam beberapa kawasan yang saya lihat, masih banyak kenderaan menggunakan jalan raya maka saya telah berbincang dengan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani) untuk menambah lagi sekatan jalan raya di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di dua negeri berkenaan (Kuala Lumpur dan Selangor).

“Selain itu, saya juga telah buat tinjauan di Pulau Pinang dan mendapati penggunaan kenderaan di sana juga masih tinggi di sesetengah kawasan,” katanya.

Negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas hingga 14 Jun ini dalam usaha kerajaan menangani peningkatan kes Covid-19 yang terlalu tinggi.

Mengenai pematuhan SOP di pusat beli-belah tersebut, beliau mahu pemantauan dipertingkat di pintu masuk premis bagi memastikan setiap SOP dipatuhi orang ramai.

“Seperti yang kita tahu, rakyat di negara ini sekiranya ada cuti iaitu pada Sabtu dan Ahad kebiasaannya mereka ini akan keluar rumah dan menjadikan pusat beli-belah seolah-olah tempat riadah.

“Saya hendak memaklumkan kepada rakyat semua, tolonglah duduk di rumah kecuali mereka benar-benar memerlukan untuk membeli barang (keperluan asas) tetapi kalau hendak buat pertemuan, saya minta pasukan pemantau ini memperketat penguatkuasaan,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah memohon maaf kepada orang ramai sekiranya ada kekerasan membabitkan pasukan pemantauan SOP memandangkan terdapat orang ramai yang masih degil melanggar SOP.

“Mereka (pasukan pemantau SOP) berbuat demikian untuk memastikan orang ramai mengikut SOP dengan betul,’’ katanya. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan