26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Atas Angin Festival 2023 patuh SOP

Mesti Baca

KEBANJIRAN konsert daripada luar sehingga ada yang menimbulkan kontroversi pastinya merisaukan buat penganjur konsert.

Tidak mahu perkara seperti itu berlaku, Atas Angin Festival 2023 berusaha memberikan yang terbaik dan memastikan tidak ada masalah tidak diingini berlaku.

Bakal berlangsung Sabtu ini (5 Ogos) di Rooftop @ level 7 Mytown Cheras, Kuala Lumpur, konsert berkenaan menghimpunkan 75 barisan artis tempatan dan empat pentas yang akan menampilkan persembahan-persembahan hebat, pada hari yang sama.

Pengarah Projek, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata, pihak penganjur akan memastikan semua artis dan penonton sentiasa mematuhi SOP yang diberikan.

“Kami belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini, kerana itulah kami sepakat membuat perjanjian dengan artis dan segala masalah sekiranya berlaku adalah di bawah tanggungjawab artis itu sendiri.

“Kami mahu memberikan keselesaan dan menjanjikan kepuasan kepada penonton dengan harapan tiada perkara tidak elok berlaku ketika persembahan.

“Kerana itulah kami menyediakan 200 kru untuk memantau selain bantuan daripada sukarelawan,” katanya pada sidang media konsert berkenaan yang diadakan baru-baru ini.

Bam berkata, kebanyakan artis yang terbabit adalah mereka yang pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini dan masing-masing sudah selesa disamping berjanji tidak akan melakukan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan provokasi.

Advertisements

“Saya sedar bukan mudah untuk menguruskan 75 artis ini, namun kami bekerja atas dasar kawan dan sudah tahu cara kerja masing-masing, diharap tidak masalah berlaku pada hari konsert itu nanti,” katanya.

Festival ini dibahagikan kepada tiga kategori persembahan iaitu artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ.

Antara barisan artis yang bakal menggegarkan festival ini ialah IamNEETA, 6ixth Sense, Skudap Skudip, Kugiran Masdo dan ramai lagi.

Atas Angin Festival bakal membawa pembaharuan dan bersedia menggalas tanggungjawab dalam membawa musik dan artis lokal Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Festival berkenaan akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada jam 9 pagi sehingga acara tamat.

Mengulas mengenai jualan tiket, Bam berkata, setakat ini hampir separuh tiket terjual sebaik sahaja pengumuman mengenai festival ini dihebahkan.

Jualan tiket kini berada di fasa kedua dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com dengan harga serendah RM150 bagi ahli dan RM 170 bagi yang bukan ahli.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan