33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KKR bakal lancar kempen atasi masalah jalan berlubang, rosak

Kempen yang akan dilaksanakan tersebut akan berorientasikan tindakan, berlandaskan konsep ‘actions speak louder than words’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan melancarkan satu kempen merangkumi usaha untuk mengatasi isu utama jalan berlubang atau rosak dan isu-isu terkait perabot jalan yang lain.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau mahu kempen yang akan dilaksanakan tersebut berorientasikan tindakan, berlandaskan konsep ‘actions speak louder than words’.

“Saya menyedari kewujudan kempen-kempen seumpama ini sebelum ini, namun seperti yang pernah saya nyatakan, polisi yang baik akan saya teruskan dengan memberi suntikan penambahbaikan.

“Inilah yang cuba kementerian laksanakan demi kepentingan rakyat Malaysia Madani. Bagaimanapun, perincian kempen ini akan saya kongsikan dalam masa terdekat,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Alexander berkata, melalui kempen ini juga, beliau mahu memperkukuhkan “No Wrong Door Policy”.

“Ini bermakna, sistem aduan awam di bawah bidang kuasa KKR juga akan ditambah baik,”katanya.

Advertisements

Katanya, isu jalan berlubang dan masalah berkaitan infrastruktur dan perabot jalan seperti lampu jalan, papan tanda dan sebagainya, bukanlah perkara baharu di Malaysia.

“Banyak kes seperti ini berlaku sama ada di Jalan Persekutuan di bawah bidang kuasa KKR mahupun di jalan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya memahami masalah ini yang kerap dilaporkan di media massa mahupun media sosial oleh pengguna, dan dari hari pertama saya menjejakkan kaki ke KKR, inilah antara perkara yang saya tekankan kepada semua warga kementerian.

“Isu ini mungkin nampak seperti kecil kepada sesetengah pihak, tetapi saya tidak memandang ringan kerana kesannya boleh menyebabkan kemalangan dan kematian. Isu melibatkan nyawa tidak boleh dipandang sebelah mata.

“Saya mengakui peranan penting aduan awam yang tidak boleh dipandang sebelah mata dan mempunyai ‘kuasa’ yang tersendiri.

“Sehubungan dengan itu, kempen memperluaskan advokasi dan kefahaman berkaitan keselamatan penyelenggaraan jalan raya ini diharap dapat meningkatkan keterlibatan semua pihak terutama pemain industri, agensi kerajaan, swasta dan rakyat sendiri dalam usaha menjaga jalan raya dan infrastruktur yang berkaitan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan