30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pelantikan kontraktor PLSB Sungai Golok Fasa 2, 3 dibuat November 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELANTIKAN kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2 dan 3 dijangka dapat dibuat pada November ini. 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, projek itu dijangka mengurangkan risiko banjir dengan pembinaan infrastruktur tebatan banjir.

Katanya, selain itu ia dapat mengekalkan kedalaman minimum laluan pelayaran sedalam tiga meter di muara Sungai Golok bagi tujuan laluan bot dan perlindungan muara daripada risiko banjir pantai.

“Tindakan jangka panjang pembinaan infrastruktur perlindungan banjir bagi kawasan lembangan Sungai Golok akan diatasi melalui PLSB Sungai Golok Fasa 2 yang akan memberi tumpuan kepada kawasan di sepanjang Sungai Golok khususnya Rantau Panjang.

Advertisements

“Ia termasuk kawasan penempatan di sebelah kiri Sungai Lanchang Lemal dan PLSB Sungai Golok Fasa 3 yang akan melengkapkan keseluruhan sistem tebatan banjir bagi lembangan Sungai Golok,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Secara keseluruhannya pelaksanaan Projek PLSB Sungai Golok Fasa 1, 2 dan 3 melibatkan peruntukan berjumlah lebih RM2 bilion.

Projek tersebut dijangka melindungi 31,000 orang penduduk serta kawasan berkenaan daripada banjir yang melibatkan keluasan 66,000 hektar.

Nik Nazmi berkata, kementerian sentiasa komited memastikan pelaksanaan projek PLSB Sungai Golok dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta peningkatan ekonomi di Kelantan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan