31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

JPA perhalusi kajian sistem saraan perkhidmatan awam

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperhalusi cadangan mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam yang dikemukakan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

JPA menerusi kenyataan berkata, usaha tersebut telah digerakkan sejak 26 Julai melalui beberapa sesi libat urus JPA bersama-sama dengan kementerian serta agensi kerajaan persekutuan.

Katanya, ia merangkumi enam kluster seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, teknikal serta pengurusan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) akan diadakan pada 7 Ogos untuk membincangkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani. 

“Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya hari ini.

Advertisements

Kerajaan sebelum ini dilaporkan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.

Menurut JPA, bagi memastikan cadangan penambahbaikan yang diterima bersifat terangkum serta inklusif, pihaknya telah membangunkan portal khusus bagi menerima input daripada seluruh penjawat awam. 

“Segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal kajian SSPA menerusi laman sesawang https://semakansaraan.jpa.gov.my.

“JPA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan