30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kemboja umum keputusan rasmi pilihan raya umum pada 4 Ogos

Mesti Baca

KEPUTUSAN rasmi pilihan raya umum Kemboja termasuk pengagihan kerusi dalam Dewan Negara akan dikeluarkan pada 4 Ogos, lapor Xinhua, memetik Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) pada Selasa.

Menurut keputusan tidak rasmi NEC, Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang dipimpin Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen itu mencatat kemenangan luar biasa dalam pilihan raya umum 23 Julai.

Sebanyak 18 parti politik bertanding dalam pilihan raya, yang diadakan setiap lima tahun sekali untuk memilih Ahli Parlimen bagi Dewan Negara yang berjumlah 125 kerusi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa CPP memenangi 6,398,311 undi daripada jumlah 7,774,276 undi sah, dan Parti Funcinpec Putera Norodom Chakravuth menerima 716,490 undi.

Berdasarkan keputusan itu, CPP memenangi 120 kerusi parlimen, manakala Parti Funcinpec memperoleh lima kerusi.

Advertisements

Hun Sen, telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Kemboja selama lebih 38 tahun, mengumumkan bahawa beliau akan berundur pada 22 Ogos dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada anak sulungnya Hun Manet.

Pemimpin berusia 70 tahun itu berkata Dewan Negara yang baharu dipilih akan mengadakan sesi pertamanya pada 21 Ogos, dan kabinet baharu yang diketuai oleh Hun Manet akan mengangkat sumpah pada 22 Ogos.

Hun Manet, 45, kini adalah ahli Jawatankuasa Tetap CPP dan timbalan ketua komander Angkatan Tentera Diraja Kemboja.

-Bernama-Xinhua

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan