29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tetapkan tempoh penempatan doktor ke luar bandar – Perdim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) mencadang supaya Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan satu tempoh masa bagi penempatan doktor ke kawasan luar bandar.

Dr. Boisaidi Abdul Razak berkata, langkah itu bagi membolehkan doktor yang dihantar ke kawasan tersebut membuat perancangan berhubung tempat tinggal dan sebagainya.

“KKM perlu perkenalkan satu sistem dimana penjawat awam yang dihantar ke luar bandar memiliki satu jangka masa yang ditetapkan, satu atau dua tahun supaya mereka boleh merancang masa depan.

“Selain itu, pastikan penempatan baharu ini memiliki fasiliti kediaman yang disediakan, elaun khas penempatan ke luar bandar perlulah dikaji semula,” katanya menerusi kenyataan video hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dalam sidang media kelmarin berkata, beliau mendengar keluhan dan rintihan para doktor yang berdepan kekangan untuk dihantar bertugas ke kawasan baharu yang jauh dari fasiliti asal.

Advertisements

Katanya, KKM memang serius rayuan doktor-doktor tersebur namun masih mengekalkan tarikh melapor diri asal pada 31 Julai bagi mengelakkan pegawai hilang kekananan berbanding rakan yang lain.

Kesemua mereka yang terlibat ditempatkan di kawasan luar bandar seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Boisaidi berkata, sebagai penjawat awam, tanggungjawab doktor-doktor tersebut adalah sama seperti penjawat awam lain termasuk polis, tentera, guru dan sebagainya.

“Adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk akur dengan arahan pihak kementerian tetapi untuk kes-kes terpencil bolehlah membuat rayuan sewajarnya. 

“Nasihat kami adalah ambil peluang ke kawasan luar bandar untuk mencari pengalaman yang baharu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan