30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menahan tiga bot nelayan tempatan Kelas B kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Talang sekitar pukul 7.00 pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan bot-bot nelayan tempatan berkenaan dilakukan semasa rondaan OP BENTENG dan OP PINTAS di persempadanan perairan negeri itu.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati, setiap bot dikendalikan dua kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 30 hingga 65 tahun.

“Ketika ditahan, bot-bot itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Talang dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 5.0 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen.

“Enam kru termasuk tiga tekong, serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 30 kilogram telah ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu dan tiba sekitar jam 11.00 pagi semalam untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Perak untuk tindakan lanjut.” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Salah sebuah bot yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. – Gambar: Maritim Malaysia

Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat lengkap melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Perak 05-6838737.

Maritim Malaysia Negeri Perak turut berterima kasih atas maklumat yang telah disalurkan bagi tujuan keselamatan bersama.– EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan