25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 10.53 malam tadi.

Pemergian Rizuan itu disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui laman Facebook miliknya.

“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia telah kembali ke rahmatullah.

“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada dan para solihin, al-Fatihah,” katanya.

Sebelum meninggal dunia, Rizuan disahkan positif jangkitan COVID-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum beliau dikuarantin pada 3 Mei dan dipindahkan ke ICU pada hari yang sama.

Advertisements

Isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad yang merupakan bekas Ketua Audit Negara turut menerima rawatan di ICU di PPUM.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Naib Ketua UMNO Bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Kepong.

Beliau menyifatkan Rizuan sebagai seorang ahli politik lama yang berpengalaman dan ahli agama.

“Banyak jasanya untuk orang Kepong. Lebih 30 tahun beliau berkhidmat sebagai Ketua Bahagian dan merupakan antara ketua bahagian paling lama di Malaysia,” katanya, – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan