25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

6,493 kes baharu hari ini, kurang berbanding semalam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah keseluruhan kes baharu jangkitan positif COVID-19 di negara ini menurun kepada 6,493 kes hari ini, berbanding 6,806 kes semalam.

Maklumat itu dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebook beliau, hari ini.

Angka kes baharu jangkitan positif COVID-19 mula melebihi angka 6,000 kelmarin apabila sebanyak 6,075 kes.

Selangor kekal sebagai negeri yang merekodkan kadar jangkitan baharu tertinggi dengan sebanyak 2,163 kes, berkurangan berbanding 2,277 kes semalam.

Kuala Lumpur mencatatkan angka kedua tertinggi dengan 641 kes diikuti Sarawak (612 kes), Kelantan (467 kes), Kedah (434 kes), Johor (406 kes), Negeri Sembilan (370 kes), Perak (382 kes) dan Pulau Pinang (302 kes).

Negeri-negeri lain pula mencatatkan angka di bawah 200 kes iaitu Melaka (165 kes), Pahang (161 kes), Sabah (144 kes), Terengganu (139 kes), Labuan (84 kes), Putrajaya (20 kes) dan Perlis (3 kes).

Kementerian Kesihatan dalam hantaran Facebook hari ini turut menafikan dua berita palsu berhubung angka kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia.

Advertisements

Salah satu berita palsu yang tular dalam media sosial mendakwa kononnya angka jangkitan baharu mencecah 10,806 kes.

Satu lagi berita palsu pula mendakwa kononnya terdapat 8,963 kes jangkitan baharu dilaporkan hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan PKP secara menyeluruh atau ‘lockdown’ di seluruh negara pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua-ketua menteri dan menteri besar.

“Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan pihak berkuasa khususnya MKN kerana itu sahaja pilihan yang ada. Selama ini, kita telah melaksanakan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan sebagainya sama ada secara keseluruhan atau bersasar.

“Untuk itu, ‘lockdown’ mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat esok (Jumaat) melibatkan kehadiran perdana menteri dan semua menteri-menteri yang terlibat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan