31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Nik Abduh harap Najib tak kecewa dalam perjuangan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berputus asa dalam perjuangan untuk mempertahankan diri daripada segala pertuduhan di mahkamah.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Najib berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan kerajaan untuk melucutkan hak wang tunai lebih RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residences selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Bachok itu juga mendoakan semoga Allah SWT merahmati perjuangan Najib.

“Jangan kecewa berjuang. Kecewa hanya untuk mereka yang melakukan kesalahan dan kekal di atasnya. Kelegaan dan kegembiraan adalah buat mereka yang bertaubat dan membaiki diri.

“Saya mengikuti sedari lama perjuangan mereka yang mempertahankan diri di mahkamah, terutama orang-orang politik termasuk juga YB DSAI (Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dulu.

“Persamaan mereka adalah melawan Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad), lalu diheret. Perbezaan mereka pula, pertuduhan ke atas mereka tak sama. Letih dan calar ada sama, ada juga beza. DSAI lebih teruk,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh mendoakan agar musibah yang dihadapi Najib menjadi kafarah terhadap dosa.

Beliau menambah, perkara itu adalah yang utama dalam setiap musibah dan seseorang Muslim tidak pernah rugi selama dia yakin pada ketentuan Allah SWT untuknya.

“Ini mahkamah dunia. Ada orang yang amat jahat tetapi tak pun dihadapkan ke mahkamah. Allah menangguhkannya sehingga akhirat.

“Di sana, segalanya hanyalah penyesalan kecuali dengan bekalan taubat, keinsafan, ihsan dan rahmat daripada tuhan yang maha esa,” jelasnya.

Sementara itu, Najib dalam hantaran Facebook mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan Nik Mohamad Abduh.

Semalam, Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata, Jabatan Peguam Negara gagal membuktikan bahawa wang RM114 juta itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan FMT, beliau berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan wang tunai yang dirampas adalah dana yang diperoleh dari kesalahan pecah amanah (CBT).

Kerajaan mahu melucut hak wang tunai RM114,164,393.44 dan barang kemas serta barangan berjenama mewah yang dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, tiga tahun lalu.

Mereka mendakwa wang dan barangan itu ada kaitan dengan 1MDB. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan