32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Telco dibenar tangguh sumbangan Kumpulan Wang PPS

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia diberi kelonggaran menangguhkan bayaran untuk Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia berikutan rayuan yang dibuat syarikat-syarikat terbabit untuk menangguh atau membayar secara ansuran sumbangan untuk kumpulan wang tersebut.

Beliau berkata, para pemegang lesen penyedia perkhidmatan itu turut terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.

“Sebanyak 34 syarikat telah memohon kelonggaran membayar sumbangan berkenaan akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Kelonggaran yang diberikan kepada syarikat-syarikat ini melibatkan jumlah sumbangan sebanyak RM910.4 juta bagi tempoh Januari 2020 hingga April 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, Syarikat-syarikat terbabit merupakan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, menjalankan aktiviti pembekalan kemudahan rangkaian, pembekal perkhidmatan rangkaian dan pembekal perkhidmatan aplikasi.

Manakala Kumpulan Wang PPS pula ditubuhkan di bawah Seksyen 204 AKM 1998 dan dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Kumpulan wang ini bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan digital ke kawasan yang kurang mendapat capaian telekomunikasi.

Beliau berkata, Kumpulan Wang PPS mengumpul sumbangan wajib sebanyak 6 peratus daripada syarikat berkaitan yang mencatat keuntungan bersih melebihi RM2 juta pada tahun kewangan yang dinilai.

“Kumpulan Wang PPS ini amat penting dalam membiayai usaha untuk mengurangkan jurang digital terutamanya daripada segi liputan infrastruktur,” katanya.

Justeru, tambah Saifuddin, beliau berharap dengan kelonggaran tersebut dapat membantu syarikat yang terkesan menyelaran semula operasi dan perniagaan mereka untuk terus menyumbang kepada pembangunan sektor telekomunikasi di negara ini. – Edisi 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan