29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

6,806 kes baharu! MKN bincang PKP menyeluruh

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jumlah jangkitan positif baharu COVID-19 masih belum menunjukkan tanda akan berkurangan apabila mencatatkan rekod sebanyak 6,806 kes baharu hari ini.

Memetik maklumat yang dikongsi dalam laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, secara keseluruhan sebanyak 492,302 kes direkodkan sejak pandemik itu mula melanda negara.

Semalam, sebanyak 6,075 kes baharu direkodkan sekali gus mencetuskan persoalan sama ada perlu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dikuatkuasakan untuk mencegah penularan.

COVID-19

Selangor kekal sebagai negeri yang mempunyai kadar jangkitan kes baharu tertinggi iaitu 2,277 kes diikuti Kuala Lumpur (655 kes), Johor (615 kes), Sarawak (608 kes), Sarawak (426 kes) dan Kedah (417 kes).

Pulau Pinang pula mencatatkan 362 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (291 kes), Perak (248 kes), Sabah (248 kes), Terengganu (233 kes), Melaka (212 kes) dan Pahang (157 kes).

Dua Wilayah Persekutuan dan sebuah negeri mencatatkan jangkitan bahawa kurang daripada 50 kes iaitu Putrajaya (35 kes), Labuan (17 kes) dan Perlis (8 kes).

Sementara itu, di KOTA BHARU, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan PKP secara menyeluruh atau ‘lockdown’ di seluruh negara pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 di Putrajaya esok.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua-ketua menteri dan menteri besar.

“Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan pihak berkuasa khususnya MKN kerana itu sahaja pilihan yang ada. Selama ini, kita telah melaksanakan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan sebagainya sama ada secara keseluruhan atau bersasar.

“Untuk itu, ‘lockdown’ mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat esok (Jumaat) melibatkan kehadiran perdana menteri dan semua menteri-menteri yang terlibat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob di Kompleks Kota Darulnaim.

Mengulas tentang jumlah jangkitan pandemik tersebut di Malaysia yang semakin membimbangkan terutamanya bermula sejak Ramadan lalu, Takiyuddin berkata, kerajaan juga sedang berusaha sedaya upaya merancakkan lagi kesedaran masyarakat untuk mengambil vaksinasi melalui program yang telah dilaksanakan.

Malah katanya, kerajaan memberi tumpuan penuh untuk memastikan rawatan dan pencegahan jangkitan pandemik tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Kita ambil langkah serius yang mungkin, perkara yang tidak perlu diberikan keutamaan, kita tangguh dulu,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan