25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Buat saja ‘total lockdown’, jangan terus bahayakan nyawa rakyat

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

APAKAH PKP penuh atau total lockdown dilaksanakan? Ketika ini ada tiga pihak mempunyai pendapat berbeza selepas kes jangkitan Covid-19 menghampiri 7,000 kes.

Satu pihak minta total lockdown tetapi mahu kerajaan memberi perhatian kepada kebajikan rakyat seperti moratorium dan bantuan, satu pihak tidak mahu PKP tetapi mahu kerajaan memperketatkan lagi SOP, satu lagi pihak kerajaan buat la apapun semua bagi mereka tak betul sebab mereka dah kena virus #kerajaangagal.

Jadi apa yang perlu kerajaan buat sekarang? Total lockdown atau memperketatkan SOP?

Penulis tak peduli kelompok ketiga kerana kelompok tersebut mencari publisiti sahaja dan merasakan mereka lebih baik daripada kerajaan sehinggakan sejak awal lagi tidak ada satupun yang kerajaan buat mereka anggap betul.

Apa yang perlu diberikan perhatian ialah kelompok pertama dan kedua. Mereka rasioanal memberi pandangan bukannya mengikut emosi, tetapi kesudahannya yang mana satukah benar-benar mampu menghentikan penularan pandemik itu?

Rakyat sudah penat dan letih, mereka sudah bosan mendengar PKP, PKPD, PKPB dan entah-entah apa-apa lagi PKP…mereka tahu kerajaan bukan duduk diam, bukannya hanya bermesyuarat MKN setiap hari sahaja tetapi sudah bertungkus lumus mengerahkan segala sumber bagi mengurangkan wabak itu.

Ternyata usaha tersebut gagal, tetapi kegagalan itu bukan kerana kerajaan tetapi disebabkan masih ada rakyat yang tidak mahu menjaga SOP, masih ada selebriti yang masih tak faham bahasa dan ada wakil rakyat tak mengerti istilah ziarah menziarah.

Lepas itu puak-puak politik seorang dua tu dok memekak dalam media sosial, kritik kerajaan, hentam kerajaan seolah-olah mereka sahaja lebih pandai daripada kerajaan, tetapi pilihan raya dulu hilang kuasa jugak!

Advertisements

Sekarang oleh kerana ramai yang percaya PKP penuh boleh mengurangkan jangkitan, maka kerajaan perlu memikirkan untuk melaksanakan PKP seperti PKP 1.0. Tidak boleh lagi ada kompromi termasuk pertimbangan ekonomi.

Total lockdown untuk dua minggu atau sebulan! Biar semua dok dah rumah! Tak ada orang nak pi pusat judi, tak ada orang nak pi ziarah menziarah, tak ada orang nak gatal-gatal rentas negeri.

Kilang-kilang yang menjadi penyumbang kluster tertinggi setakat ini harus ditutup sepenuhnya. Tak perlulah melayan sangat rayuan pengilang-pengilang yang minta kilang jangan tutup sebaliknya perketat SOP.

Tetapi cuba, pihak berkuasa pi check berapa banyak kilang yang betul-betul jaga SOP. Macam mana kehidupan pekerja-pekerja mereka. Buat apa perketat SOP kalau tak ikut!

Penulis percaya, apabila kerajaan buat lockdown ramai pemimpin-pemimpin yang mahu mencari populariti akan buat desakan dan gesaan itu, ini….kononnya untuk menunjukkan mereka membela rakyat, tetapi usah layan.

Kerajaan bukan zalim dan sudah tentu tidak akan biarkan rakyat berada dalam kesusahan. Kalau nak ikut orang politik, semua benda ‘musuh politik’ dia buat tak betul tetapi bila kes meningkat dok meratib #kerajaangagal, #kerajaangagal.

Oleh itu kerajaan perlu buat keputusan sebaik-baiknya. Kalau rasa perlu lockdown, buat sahaja lockdown, sebab selagi kes Covid-19 terus meningkat, selagi itulah nyawa rakyat dalam bahaya? – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan