31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

12 jemaah sahaja di masjid, 3 jemaah di surau

Mesti Baca

SEREMBAN – Hanya 12 orang jemaah bagi masjid dan tiga orang bagi surau dibenarkan untuk menunaikan solat fardu dan solat Jumaat di seluruh Negeri Sembilan mulai esok hingga 7 Jun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat itu diperkenalkan berikutan situasi pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan di negeri ini dan seluruh negara.

“Solat fardu Jumaat yang tidak dapat ditunaikan oleh ahli kariah masjid hendaklah digantikan dengan solat zohor di rumah masing-masing

“Kerajaan negeri akan menyemak kembali SOP aktiviti masjid dan surau berdasarkan status semasa dan saranan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 291 kes jangkitan positif baharu COVID-19 hari ini, meningkat berbanding 189 kes semalam.

Sebelum ini, kerajaan Negeri Sembilan membenarkan sehinggga 50 jemaah bagi solat fardu dan solat Jumaat di masjid selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Baca juga:   63 premis gagal patuh SOP PKP diarah tutup

Bagi surau pula, hanya 20 jemaah yang dibenarkan untuk solat fardu.

Jumlah itu termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.

Jemaah yang dibenarkan hadir hanya berstatus warganegara dan penduduk tetap sahaja dan terdiri daripada lelaki berumur 15 tahun dan ke atas.

Setiap jemaah wajib mengisi borang kehadiran yang direkodkan oleh jawatankuasa dan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) setiap hari.

Baca juga:   Najib, Khairy saling membidas isu kompaun Kit Siang

Imam bertugas pula digalakkan membaca surah pendek.

Khutbah akan disampaikan hendaklah berpandukan teks khutbah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sahaja. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

PH-UMNO gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

AHLI politik Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan menzahirkan perasaan sedih beliau apabila Kerajaan Pakatan Harapan -...

Lagi Artikel Berkaitan