25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

4PAM bimbang ura-ura pengambilalihan LTSAAS

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) bimbang dengan ura-ura pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang oleh sebuah syarikat seperti yang dilaporkan secara meluas oleh media massa.

Presidennya, Ajit Johl berkata, lebih membimbangkan, Kementerian Pengangkutan atau kerajaan setakat ini masih belum menafikan ura-ura tersebut.

Menurut beliau, sebuah entiti yang tidak berpengalaman tidak sepatutnya dibenarkan mengendalikan sebuah lapangan terbang.

AJIT JOHL

“Pengambilalihan lapangan terbang adalah isu yang serius dan mempunyai banyak kesan yang merumitkan, melibatkan keselamatan penumpang, pematuhan piawaian antarabangsa, peraturan yang ketat, penguatkuasaan dan nyawa manusia.

“Sikap berdiam diri kerajaan adalah mengejutkan dan Menteri Pengangkutan mesti memberi maklum balas terhadap isu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ajit menambah, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempunyai tanggungjawab nasional dalam memastikan semua 49 lapangan terbang di bawah kendaliannya beroperasi.

Beliau memberitahu, 4PAM difahamkan bahawa tidak semua lapangan terbang mampu menjana keuntungan.

Advertisements

“MAHB perlu memberi subsidi kepada lapangan terbang terbabit untuk memberi perkhidmatan udara dalam bidang pelancongan, pendidikan dan pengangkutan asas kepada rakyat Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Ekonomi skala yang dinikmati oleh MAHB tidak akan berlaku terhadap pengendali lapangan terbang tunggal dan akhirnya, kos akan dipindahkan kepada para penumpang,” jelasnya.

Ajit berkata, sektor penerbangan dijangka tidak akan pulih sehingga 2025 justeru, membangkitkan persoalan bagaimanakah sebuah pengendali lapangan terbang tunggal mampu memberi subsidi.

“Cadangan itu seperti mengikis aset sebuah organisasi yang berjaya dan bukannya memanfaatkan kecekapan setiap organisasi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, 4PAM mencadangkan agar MAHB dikekalkan sebagai pengendali lapangan terbang di negara ini.

Ajit menambah, kerajaan juga digesa supaya membenarkan MAHB untuk mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Senai dan menyatukan semua pengurusan lapangan terbang di bawah MAHB.

“Kami menggalakkan pemaju tampil ke depan dan bekerjasama dengan MAHB selaku pemaju utama potensi hartanah yang besar ini dan menjadikannya satu ekosistem lapangan terbang, penerbangan dan aeroangkasa yang strategik serta menjadi kebanggaan negara ini,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan