26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Monopoli vaksin: Khairy sifatkan tuduhan Anwar tidak berasas

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri penyelaras program vaksin, Khairy Jamaluddin menyifatkan, dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pharmaniaga memonopoli pembelian vaksin di negara ini sebagai tidak berasas dan tidak adil.

Sebaliknya beliau menegaskan, syarikat farmaseutikal kerajaan itu hanya menyelia pemerolehan Sinovac dari China.

“Mengikut undang-undang, setiap vaksin memerlukan seorang ‘pemegang pendaftaran produk tempatan’ – sebuah syarikat tempatan untuk mengemukakan permohonan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi kelulusan  vaksin. 

“Bagi syarikat Sinovac, pemegang pendaftaran produk tempatan adalah syarikat Pharmaniaga,” katanya melalui Facebooknya malam tadi.

KHAIRY JAMALUDDIN

Katanya, beliau sebelum ini mempelawa Anwar menyertai sesi soal jawab mengenai program imunisasi untuk semua Ahli Parlimen, tetapi Presiden PKR itu tidak hadir.

“Dan hari ini Datuk Seri buat video tular yang membuat tuduhan tidak berasas, palsu, dan yang jelas menunjukkan kecetekan pemahaman Datuk Seri berkenaan isu ini.”

Khairy berkata,  ada beberapa syarikat yang berminat mendapatkan kelulusan untuk vaksin Sinopharm dari China.

Advertisements

“Kita terbuka kepada mana-mana pihak yang mempunyai keupayaan, dan juga maklumat, data klinik untuk mendaftarkan vaksin Sinopharm dengan NPRA,” katanya.

ANWAR IBRAHIM

Beliau bertegas kerajaan tidak berhasrat mengawal pemerolehan vaksin oleh negeri atau syarikat swasta, sebaliknya “memberi keutamaan pembelian” untuk program imunisasi.

“Selepas itu, sesiapa yang ingin membeli dari mana-mana syarikat vaksin yang telah menerima kelulusan daripada NPRA, adalah bebas untuk melaksanakannya,’’ tegasnya.

Khairy menjelaskan, sektor swasta mula membincangkan pembelian vaksin untuk pekerja mereka dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kerajaan kata beliau akan membuka vaksinasi kepada industri tidak lama lagi, di bawah fasa tiga PICK (untuk orang awam berusia 18 tahun ke atas).

“Perkara ini pun sudah berada dalam rancangan kita, cuma kita nak selesaikan dulu warga emas (individu mempunyai penyakit kronik dan orang kelainan upaya) yang sekarang ini divaksinasi,’’ katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan