30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

TNB tak potong bekalan elektrik hingga 30 Jun

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melanjutkan tempoh kelonggaran tidak memotong bekalan elektrik pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Jun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ser Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu dilaksanakan setelah mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, bagi membantu pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka, Pelan Bayaran Mudah juga turut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

“Melalui pelaksanaan inisiatif ini, adalah dianggarkan seramai 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia memperoleh manfaat tersebut dan diharapkan inisiatif ini akan dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada 21 Disember lalu, kerajaan telah bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac 2021.

Pengguna-pengguna domestik juga turut ditawarkan Pelan Bayaran Mudah selama enam bulan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2021 bagi membantu menguruskan bil elektrik mereka.

Inisiatif tersebut diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat berikutan penularan pandemik COVID-19 di negara ini. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan