30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

Cari penyelesaian damai berkekalan di Palestin – Hishammuddin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia menggesa semua pihak untuk mengambil peluang daripada gencatan senjata di Gaza untuk meredakan ketegangan dan berusaha mencari penyelesaian damai yang berkekalan untuk konflik berkenaan. 

Ketika mengalu-alukan gencatan senjata itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata masyarakat antarabangsa seharusnya tidak terlepas pandang terhadap penderitaan sekian lama yang dihadapi rakyat Palestin serta keperluan menamatkan segera pencerobohan Israel.

Beliau berkata, Malaysia menyokong usaha antarabangsa bagi mencari penyelesaian damai menyeluruh, adil dan berkekalan berasaskan Ketetapan Majlis Keselamatan dan undang-undang antarabangsa berkaitan, termasuk undang-undang kemanusiaan.

“Gencatan senjata adalah satu kemajuan penting menghalang lebih banyak kemusnahan dan nyawa terkorban tetapi hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Berdasarkan keadaan di Gaza, tumpuan kita seharusnya tertumpu kepada menyediakan bantuan kemanusiaan segera tanpa sekatan untuk rakyat Palestin selain membina semula Gaza.

“Kami menyokong semua usaha antarabangsa berhubung perkara ini dan akan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Kenderaan tentera rejim Zionis ceroboh selatan Gaza

Sambil mengucapkan tahniah kepada negara dan pihak yang berusaha mewujudkan gencatan senjata bagi menamatkan keganasan dan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza, beliau turut menggesa pihak yang bertelagah untuk menghormati dan mematuhinya serta tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskannya.

Baca juga:   UK sumbang 415,000 dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia

Hishamuddin turut mengulangi gesaan Malaysia agar Israel berhenti mencabuli undang-undang antarabangsa menerusi tindakannya yang tidak berperikemanusiaan, kolonial dan aparteid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan seluruh Wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Malaysia turut menuntut Israel menamatkan tindakannya mengenakan sekatan dan mengepung Gaza secara haram kerana ia memburukkan lagi krisis kemanusiaan di sana, katanya.

“Sokongan padu dan solidariti bersama rakyat Palestin kekal utuh, termasuk menyokong usaha mereka untuk merdeka dan membentuk sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” katanya.

Mengulas mengenai usaha memerangi wabak, Hishammuddin berkata Malaysia sedia untuk terbabit dan menyokong inisiatif dengan negara rakan yang lain bagi membina semula makmal ujian COVID-19 Gaza, yang musnah dibedil Israel.

Sejak 10 Mei lalu, seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Baca juga:   Pencarum LTAT dibenar buat dua jenis pengeluaran

Terkini

Ikut Mazhab Syafie, Khuzairi boleh kahwini Nurul – PU Azman

DRAMA ‘berhantu’ 7 Hati Mencintaiku musim ketiga (7HMCK3) menghampiri kemuncak pada minggu ini. Drama 7 HMK3 merupakan antara drama yang...

Lagi Artikel Berkaitan