27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

[VIDEO] Malaysia ketuai negara ASEAN kutuk keganasan Israel

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Malaysia bersama-sama Indonesia dan Brunei Darussalam hari ini bersepakat mengutuk keganasan rejim Israel terhadap penduduk Palestin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Indonesia, Jojo Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

“Hari ini saya telah mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia berhubung situasi terkini di Palestin.

“Semasa perbincangan tersebut, kami berdua bersepakat bahawa tindakan ganas rejim Israel ini harus dihentikan serta-merta dan menyeru komuniti antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan PBB (Bangsa-bangsa Bersatu) untuk menghentikan keganasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin,” kata beliau menerusi Facebook hari ini.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Muhyiddin berkata, hasil perbincangan tersebut, mereka juga telah bersetuju supaya Malaysia menerajui, bersama-sama dengan Indonesia dan Brunei untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin.

“Saya juga turut berhubung dengan Sultan Hassanal Bolkiah bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil Malaysia, Brunei dan Indonesia berhubung perkembangan semasa di Palestin.

“Baginda Tuanku turut menyatakan pendirian kerajaan negara Brunei mengenai Palestin.

“Baginda Tuanku, dalam hal ini, menzahirkan persetujuan supaya satu kenyataan bersama dikeluarkan bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin,” kata Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata, kenyataan bersama ketiga-tiga negara akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.

Sebelum ini, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyyeh telah menghubungi Muhyiddin dan berharap Malaysia dapat memainkan peranan mendesak masyarakat dunia menekan zionis Israel menghentikan tindakan keganasan di Palestin.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM), Muslim Imran yang berkongsi butiran perbualan antara dua pemimpin terbabit berkata, Ismail dan Muhyiddin berbincang selama kira-kira 30 minit tentang situasi di Palestin. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan