34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

LRT bertembung: 21 masih dirawat di HKL, 6 kritikal

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 21 mangsa insiden LRT Laluan Kelana Jaya yang bertembung di laluan bawah tanah berhampiran Stesen KLCC masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga pagi tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, daripada jumlah itu enam mangsa dalam keadaan kritikal manakala 15 lagi separa kritikal.

Beliau berkata, daripada 64 orang yang dikejarkan ke HKL malam tadi, seramai 43 mangsa diberi rawatan pesakit luar.

“Sepertimana yang diumumkan oleh Pengerusi Prasarana, sebanyak RM1,000 bantuan kewangan khas akan diberikan kepada semua 213 penumpang yang terlibat.

“Prasarana juga akan menampung segala kos perubatan, rawatan susulan
dan sebagainya bersesuaian dengan kecederaan yang ditanggung oleh
para penumpang termasuk bantuan sara hidup bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.33 malam tadi, sebuah tren kosong telah bertembung dengan tren yang membawa 213 penumpang.

Pasukan penyelamat terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, pegawai perubatan HKL dan Angkatan Pertahanan Awam tiba dilokasi kira-kira 8.50 malam.

Beliau berkata, kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dari tren yang terhenti antara Stesen KLCC dan Kampung Baru kira-kira 9.,28 malam.

Sementara itu Ka Siong berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak akan mengetuai Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu.

Beliau berkata, jawatankuasa ini terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentang sebagai laporan akhir.,

“Nota Kabinet akan disediakan merangkumi laporan awal mengenai kronologi kejadian, jumlah mangsa yang terlibat, penubuhan petugas dan Jawatankuasa Siasatan serta tindakan susulan termasuk pelan penambahbaikan jangka panjang.

“Segala perihal berkaitan komunikasi awam mengenai penyiasatan akan dikeluarkan sepenuhnya secara rasmi oleh Pejabat Menteri,” katanya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan