Thursday, July 23, 2026

Lim Kok Wing stabil, dirawat selepas terjatuh di rumah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Presiden Limkokwing University, Tan Sri Lim Kok Wing berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di sebuah hospital yang dirahsiakan lokasinya.

Naib Presiden Kanan Limkokwing University, Datuk Gail Phung berkata, Kok Wing dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya.

“Kami ingin memaklumkan bahawa keadaannya stabil dan berharap beliau diberi ruang untuk menumpukan terhadap proses pemulihan.

“Sekali lagi, kami berterima kasih dan menghargai keprihatinan semua pihak terhadap kesejahteraan beliau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Penjelasan itu sekali gus menafikan berita palsu yang berlegar dalam media sosial kononnya Kok Wing telah meninggal dunia akibat COVID-19. – EDISI 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan